Friday 27 December 2013

Robot Bantu Jururawat

Robot Bantu Jururawat - Keadaan wad di hospital yang dipenuhi pesakit terutamanya hospital kerajaan merupakan satu pemandangan biasa.

Kehadiran pesakit yang terlalu ramai biasanya menyebabkan jururawat yang bertugas tidak 'menang tangan'.

Pastinya, tugas-tugas yang perlu dilakukan oleh mereka juga kian bertambah dan sekali gus mampu mengurangkan keberkesanan kerja akibat kepenatan.

Untuk mengatasi masalah tersebut, sekumpulan penyelidik dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), mencipta robot yang berfungsi sebagai pembantu kepada jururawat.



Gambar: Barisan penyelidik UniMAP bersama dua prototaip robot bantu jururawat.

Menurut salah seorang penyelidik Fakulti Kejuruteraan Mikroelektronik, UniMAP, Azrul Ahmad, robot berkenaan dicipta khas bagi mengekori jururawat dan bertugas sebagai pembantu untuk membawa barangan kegunaan mereka.

"Jika diperhatikan hari ini, kita biasa melihat jururawat membawa alatan hospital daripada yang besar sehinggalah kepada pelbagai jenis ubat-ubatan.

"Kesibukan mereka membawa segala peralatan tersebut menjadikan perhatian dan layanan terhadap pesakit berkurangan dan merosot," katanya.

Beliau ditemui pada di Pameran Teknologi, Ciptaan dan Inovasi Antarabangsa (ITEX) 2012 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur baru-baru ini.

Jelas Azrul, keupayaan robot tersebut mengekori jururawat dalam lingkungan jarak yang tertentu amat berkesan untuk membantu penjawat awam tersebut melaksanakan tugasan dengan baik.

Dikenali sebagai Robot Pengekor Jururawat (nurse following robot) ia berbeza dengan robot pembantu yang sedia ada kini.

Robot yang sedia ada kini hanya mengikuti garisan yang telah ditetapkan dalam sistemnya, manakala Robot Pengekor Jururawat mampu bergerak bebas 360 darjah dan mengikuti jururawat ke mana sahaja.

Malah, robot tersebut direka untuk membawa segala keperluan seorang jururawat bermula daripada ubat-ubatan, fail pesakit serta gajet-gajet perubatan.

Kelajuannya juga boleh dikawal oleh jururawat berdasarkan jarak di antara jururawat dan robot.

Selain itu, robot itu sengaja direka berbentuk silinder bagi memudahkan mengesan pergerakan seorang jururawat dari segenap arah.

Malah, robot itu turut dilengkapi stesen untuk tujuan mengecas bateri serta sebagai kawasan rehat sesebuah robot.

Robot tersebut juga mampu mengingati laluan ke stesennya andai sumber kuasa semakin menurun ia akan bergerak secara automatik ke stesen untuk mengecas atau apabila tidak lagi diperlukan oleh jururawat.

Rekaan saiz dana beberapa ciri-ciri penting adalah mengikut standard kegunaan yang biasa dalam tugas-tugas seorang jururawat.

Robot ini juga amat berpotensi untuk dipasarkan dan menurut kajian yang dilakukan, terdapat hampir 137 hospital kerajaan di seluruh negara. Oleh itu , setiap hospital mampu memiliki robot tersebut dalam masa lagi tiga tahun.

Malah, 40 peratus hospital kerajaan ini juga mampu memiliki lebih daripada satu robot malah ada yang mampu memiliki sehingga enam ke sembilan buah.

Dengan perkembangan teknologi robotik di negara ini , robot berkenaan dilihat sebagai pencetus kepada usaha menghasilkan lebih banyak lagi teknologi yang serupa yang lebih canggih dan mampu menjimatkan kos.

Friday 29 November 2013

Eyes-On Glasses membolehkan Jururawat melihat urat pesakit melalui kulit mereka

Eyes-On Glasses membolehkan Jururawat melihat urat pesakit melalui kulit mereka - Walaupun apa yang TV dan filem tayangkan mungkinlah kita susah percaya, memasukkan jarum ke dalam vena pesakit bukan satu prosedur yang mudah. Ia kadang-kadang boleh mengambil masa dan memerlukan 2-3 kali percubaan, dan menyebabkan banyak ketidak selesaan kepada pesakit. Sekarang, bagaimanapun, Eyes-On Glasses baru daripada Evena Medical dilaporkan membolehkan jururawat untuk melihat terlebih dahulu urat pesakit dalam masa sebenar, betul-betul melalui kulit mereka.



Cermin mata Eyes-On Glasses ini boleh dipakai ke atas cermin mata yang sedia ada , dan menggabungkan "pengimejan 3D berbilang spektrum" ( spektra gandaan cahaya unjuran) untuk membuat urat muncul apabila dilihat melalui kamera cermin mata ini. Pengguna dapat melihat kulit pesakit yang sebenar melalui kanta jernih kaca mata, manakala imej urat pula diproses oleh kamera dilapisan bahagian atas kacamata.

Kedua-dua kamera ini juga membolehkan imej untuk dihantar melalui Bluetooth, Wi -Fi atau 3G tanpa wayar kepada kakitangan perubatan dari jarak jauh, terdapat dua pembesar suara terbina dalam membantu dalam situasi sedemikian. Ia juga boleh menyimpan imej di atas skrin kaca mata, untuk rujukan masa depan. Pemprosesan imej dan tenaga dibekalkan oleh mikropemproses yang berasingan, yang dipakai pada tali pinggang dan berwayar kepada kaca mata.

Eyes-On Glasses ini sepatutnya boleh didapati secara komersial kepada pelanggan perubatan pada suku pertama tahun depan. Maklumat lanjut boleh didapati dalam video di bawah.



Sumber: Evena Medical

Monday 11 November 2013

Jenis-jenis Alat Bantuan Pernafasan (Oxygen Delivery System)

Jenis-jenis Alat Bantuan Pernafasan (Oxygen Delivery System) - Merujuk kepada tajuk artikel ini, ia juga merupakan salah satu antara soalan-soalan yang sering ditanya oleh penemuduga kepada calon temuduga jururawat u29.

Soalan: Sebutkan jenis-jenis alat bantuan pernafasan.

  • Nasal Prong / Nasal cannula : 1-6L/min
  • Face mask/Simple Mask : 6-10L/min
  • Bag valve mask : 15L/min
  • Ventimask : 4-8L/min
  • Ambubag : For resuscitation

Info: Alat bantuan pernafasan terbahagi kepada: 1) Low-Flow Oxygen System. 2) High-Flow Oxygen System.

Maklumat lanjut alat bantuan pernafasan adalah seperti 2 gambar di bawah:




Semoga maklumat di atas membantu, untuk dapatkan panduan kerjaya jururawat beserta panduan dan koleksi soalan lazim temuduga, dapatkannya di http://jururawatmalaysia.com/

Sunday 10 November 2013

Pengalaman Temuduga Jururawat u29 10 November 2013

Pengalaman Temuduga Jururawat u29 10 November 2013 - Melalui post ini Admin akan kongsikan pengalaman calon temuduga jururawat u29 hari ini (10 November 2013). Pengalaman temuduga jururawat u29 untuk hari pertama ini banyak perubahan yang berlaku, Admin ada kongsikan pengalaman calon jururawat semenanjung pada hari pertama temuduga di FB tadi, dan admin kongsikan semula di sini. Anda boleh baca apa kata calon melalui gambar screenshot di bawah:



Antara soalan-soalan yang berbangkit atau menjadi isu dalam sesi temuduga kali ini adalah seperti berikut:

  1. Osce Tak Ada? ~ Menurut maklumat yang Admin dapat daripada beberapa orang calon, Osce atau sesi buat procedure pada hari pertama mereka tidak kena. Admin tak jumpa lagi lah calon yang beritahu mereka kena Osce. Apapun NASIHAT Admin, buat persediaan Osce juga, kemungkinan ada dan kemungkinan tak ada. Lain tempat lain ragamnya. Wallahua'lam.

    Osce Popular yang pernah ditanya temuduga sesi lepas Admin ada kongsikan secara video di SINI (Rujuk no 14, 16, 20, 34 dan 38)

  2. Macamana cara nak susun sijil? ~ Admin quote balik apa yang calon kelmarin kongsikan dengan ayat mudah baca - "cara susun sijil dalam fail 1st IC, sjil lahir, UPSR, PMR, SPM, STPM (jika ada), diploma nursing, transkrip, sjil yang ada gambar kita ( jadual ke5), sijil berhenti sekolah menengah, dan yang belakagnya sjil-sijil lain." Sambungan: "yang di luar fail... surat temuduga original, resume, ic, sijil lahir, SPM (copy), dploma, transkrip, surat iv, sijil berhenti (yang ni semua salinan copy) dan better ada cop pengesahan"

  3. Salinan Sijil kena cop pengesahan ke? ~ Rujuk gambar. Cop pengesahan daripada pegawai kerajaan, contoh: pegawai polis di mana-mana balai polis, atau guru besar/pengetua di mana-mana sekolah kerajaan.

  4. Resume temuduga jururawat better dalam Bahasa Melayu atau BI (English)? - Admin: Mana-mana pun boleh, sebab SPA tak tetapkan pun. yang penting ringkas dan padat seperti yang diminta SPA di SINI. Jadi English atau BM depend pada calon. Perkongsian pengalaman calon sebelum nie beritahu kalau buat BM lagi mudah, kalau BI, risau penemuduga tanya more kepada English sebab tengok kita expert BI. Langkah bijak buat 2 resume 1 BI dan 1 lagi BM. So, tak perlu susah hati lagi.

Admin harap perkongsian artikel tentang pengalaman iv jururawat u29 ini dapat membantu Anda untuk menghadapi temuduga nanti.

PS: Kepada anda yang ingin kongsi pengalaman temuduga anda, PM Admin di Facebook melalui link ini PM Admin Jururawat U29

Friday 8 November 2013

Panduan Lengkap Temuduga Jururawat u29

Panduan Kerjaya Jururawat merupakan kit panduan kejururawatan yang memuatkan 7 Modul semuanya (6 Modul + Bonus Mega). Kenapa Admin sarankan agar anda dapatkan segara panduan ini? Admin akan terangkan sebabnya, sebelum itu Admin kongsikan dahulu secara ringkas antara isi kandungan kesemua modul.



Modul #1: Panduan Asas Kerjaya Jururawat
Modul #2: Permohonan Bagi Lepasan SPM
Modul #3: Permohonan Bagi Lepasan Diploma
Modul #4: Panduan Lengkap Temuduga
Modul #5: Panduan Penulisan Resume
Modul #6: Soalan Lazim Temuduga Jururawat
Modul Bonus MEGA.

PS: Penerangan lebih mendalam mengenai modul-modul seperti senarai di atas anda boleh dapatkan di http://jururawatmalaysia.com/

Jadi, kenapa Admin sarankan agar Anda segera dapatkan Panduan Lengkap Temuduga Jururawat u29 ini?

Pertamanya, panduan ini merupakan pengalaman sebenar daripada penulis sepanjang berkerja dengan KKM, jadi segala keperluan kerjaya jururawat seperti panduan temududga, soalan-soalan lazim temuduga, yang perlu bagi bakal jururawat dibocorkan di dalam panduan ini berdasarkan pengalaman beliau.

Kedua, kepada Anda yang jenis memilih kerjaya dan tempat (tak salah memilih untuk kebaikan diri dan keluarga), melalui modul terakhir iaitu Bonus MEGA akan disenaraikan maklumat (nama dan alamat) hospital swasta dan kerajaan yang terdapat di negeri-negeri di seluruh Malaysia. Jadi, anda hanya perlu pilih sahaja mana-mana hospital yang bersesuaian.

Ketiga, panduan ini bersifat universal, bukan anda sahaja boleh jadikan panduan, bukan sekadar untuk lulus temuduga, bahkan mana-mana peringkat anda sekarang samada lepasan SPM, Diploma, atau Ijazah anda boleh jadikan panduan ini sebagai rujukan kejururawatan di masa hadapan sekiranya anda ingin menjawat jawatan jururawat yang lebih baik di tempat lain.

Ya, inilah satu-satunya panduan yang pasti anda tidak dapat temui di mana-mana dan tidak dijual di kedai buku, ianya pelaburan sekali seumur hidup dan pastinya berbaloi. Dengan RM40 sahaja serta lakukan 5 langkah mudah Anda bakal memiliki panduan lengkap ini.

Rebut sebelum tawaran ditutup! - Tiada paksaan, sekiranya anda betul-betul serius dengan kerjaya jururawat dan berminat utk dapatkan panduan lengkap temuduga dan contoh soalan lazim temuduga jururawat, ikut langkah-langkah berikut:

  1. Layari http://jururawatmalaysia.com/
  2. Klik Link/Butang TEMPAH SEKARANG seperti yg tertera di halaman tersebut.
  3. Lakukan pembayaran samada secara online atau ATM transfer sebanyak RM40 shj ke mana-mana akaun bank di halaman tempahan (samada Maybank atau CIMB)
  4. Jangan lupa untuk mengisi borang Pengesahan Pembayaran yang telah disediakan di halaman Tempahan untuk menyimpan data anda serta sebagai bukti pembayaran anda.
  5. Link download akan dihantar melalui email dalam tempoh 12jam kepada anda selepas semakan bayaran dibuat.

JAMINAN Pengembalian WANG: Untuk menambah NILAI BERBALOI anda, biarlah segala risiko kerugian yang bakal anda hadapi kerana memiliki “E-Buku Panduan Kerjaya Jururawat” ini, kami tanggung sepenuhnya. Jadi saya memberi JAMINAN TANPA RISIKO buat anda tanpa menaikkan nilai pelaburan anda:

Dalam masa 2 bulan selepas anda membeli dan membaca “E-Buku Panduan Kerjaya Jururawat” ini dan anda rasa anda mahu wang anda semula disebabkan tiada satu pun rahsia yang dikongsikan ini berkesan, maka anda hanya perlu hubungi kami dan kami akan pulangkan kesemua wang pelaburan anda tanpa banyak soal.

Soalan Lazim Pelanggan Ebook ini:

  • Soalan: Adakah ianya berbentuk buku?
    eBook - Panduan ini adalah versi digital berbentuk ebuku (buku elektronik) yang berformat PDF yang boleh dibaca secara offline selepas anda muat turun (download) ke PC/Tablet/Computer anda. Cara download dan buka file akan diterangkan di halaman download.

  • Pertanyaan: Minggu depan dah nak interview sempat lagikah saya membelinya? dan Bila saya akan dapat panduan ini?
    Masa penghantaran - Pautan (link) download akan dihantar ke alamat email anda sejurus selepas pengesahan pembayaran diproses (dalam tempoh 12 jam), jadi sila lakukan pembayaran terlebih dahulu dan isi borang pengesahan di halaman belian http://jururawatmalaysia.com/, (sila lakukan pembayaran online transfer sebelum 11.30 malam, kerana waktu antara 12:00 malam -> 1.30 pagi, selalunya urusan online Mayban/CIMB rehat sebentar.)

Admin harap penerangan Admin jelas, jadi kepada anda yang belum miliki panduan Lengkap ini,jangan teragak-agak lagi sila dapatkannya sekarang sementara tawaran masih lagi dibuka.

Semoga berjaya.

.:Ikhlas daripada: Admin Jururawat U29

Wednesday 6 November 2013

Contoh Soalan Pengiraan Drip Jururawat 2013 serta Formula

Melalui artikel ini Admin akan kongsi contoh soalan pengiraan drip Jururawat, soalan iv drip antara soalan lazim temuduga jururawat.

Soalan: Apakah formula iv drip dalam bentuk yang paling simple dan senang untuk difahami?

Jawapan:

Formula 1: Guna sifir 7: Dimana 1 pint tu ada 7 drop, maka kalau 3 pint = 21 drop.

Kemudian sekiranya mahukan dalam bentuk ml/hr, darabkan x 3 selepas anda mendapat jawapan daripada dr0p/min.

Contoh pengiraan: 3 pint/ 24 hours.. 3 x 7 = 21 dpm 21 x 3 = 63 ml/hr .

Formula 2: (Pint x 500 x drop factor) / time (h) x 60

1. 24 hours 7drops 21mls
2. 12 hours 14drops 42mls
3. 8 hours 21drops 63mls


Formula 3: volume of infusion x drop factor hours x 60 minutes

Demikian contoh soalan pengiraan drip jururawat.

Pesanan 1: prepare IV calculation for dpm & mls/hr tanpa menggunakan calculator. Ready sifir 7 untuk dpm dan sifir 3 untuk mls/hr

Pesanan 2: Please take note: Kedua sifir nie (7 dan 3) sume boleh digunakan untuk 24 jam SAHAJA.. if soalan suruh run dalam 8hr dan ke atas, tak boleh guna, anda perlu lakukan pengiraan secara manual. Diulangi 24hr only. (kalau 12 hrs...sifir 7 tukar kepada sifir 14)

Diharap maklumat ini dapat membantu. Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai contoh soalan dan tips, sila like facebook page Jururawat U29 di pautan berikut: Fb.Com/JururawatU29. Antara panduan yang dikongsikan di dalam page ini seperti di bawah:



Tatacara Transfusi Darah (Blood Transfusion) Part 3 - Implementasi: (Semasa)

Tatacara Transfusi Darah (Blood Transfusion) Part 3 - Implementasi: (Semasa)

Tindakan Rasional
1. Ensure privacy Mendapatkan kerjasama klien dan mengurangkan kebimbangan pesakit
2. Basuh tangan
3. Beri salam dan terangkan prosedur,
Keperluan untuk pemindahan darah, hasil darah yang diberikan, anggaran tempoh masa, hasil yang diingini, dan lain-lain tekankan kepada pesakit melaporkan sekiranya ada reaksi terhadap darah yang diterima.
Pengesanan awal tindak balas pemindahan darah membantu dalam memulakan langkah-langkahpenjagaan seterusnya
4. Pakai glove
5. Periksa maklumat pada beg darah,kad pendaftaran darah, dan borang permohonan darah:-

(by 2 nurses)

- Nama
- Nombor Pendaftaran/ IC
- Expiry date
- Nombor dan siri darah
- Kumpulan darah dan factor rhesus
- Abnormal color,clot
Darah yang salah yang diberikan kepada pesakit boleh membawa maut.



Simpanan yang selamat bagi darah adalah terhad kepada 35 hari sebelum eritrosit
6. Sebatikan darah di dalam bag darah dengan cara membalik-balikkan bag darah.( gently ) Sebatikan sel darah dan plasma
7. Hangatkan darah jika perlu menggunakan ‘blood warmer’ atau rendam sebahagiannya ke dalam air

Cover dengan blanket untuk hangatkan produk darah
Darah yang sejuk boleh menyebabkan hipotermia dan arryhythmias jantung

Rendam seluruh beg darah boleh menjadikan hemolisis
8. ‘Clamp’ tiub infusi
9. Tanggalkan aliran‘Normal Saline’ dan sambungkan ke pek darah

Cover beg darah dengan towel semasa transfusi
jika perlu
10. Alirkan darah dengan perlahan dalam 15 minit dengan 20 – 30 ml titisan per hour Tindak balas transfusi biasanya berlaku dalam tempoh ini

Kenal-pasti awal tanda dan gejala hipersensitiviti **
11. Lakukan pemerhatian rapi dan laporkan sekiranya tidak normal. Bersama pesakit untuk 15 minit

A. Ambil vital sign setiap 15 minit untuk 30 minit pertama / 1 jam

B. Hourly sehingga sehelai
(OR AS AGENCY POLICIES)


A. Catat Pengambilan cecair / output dengan tepat
B. Lihat tekanan vena jugular
C. Perhatikan tanda hipersensitiviti
D. Pastikan kadar aliran pengaliran
Untuk kesan circulatory overloading
12. Tingkatkan kadar infusi kepada 30-40 drop perminit jika tiada kesan sampingan . kadar aliran harus dalam keadaan selamat. *** Kadar aliran boleh terganggu sekiranya:
- Darah terlalu concentrated
- Displacement needle ke dalam tisu
- spasm of veins
- Malposition jarum
- Sekatan jarum
13. Nilai keadaan pesakit setiap 30 minit;

## jika ada reaction

- hentikan transfusi – laporkan segera

- keep vein patern with N.saline
(Menggunakan set infusi baru)

- Ambil spesimen darah untuk siasatan

- Pantau tanda vital

- Strict I / O perlu dipantau
Kenal pasti reaksi awal.

Sekiranya IV line perlu diteruskan.N/saline boleh dikekalkan.
(tujuan: untuk membuka patern vena )
14. Alirkan normal saline selepas transfusi tamat Setiap kali selesai transfuse darah perlu digantikan dengan aliran N/ saline.
15. Pakai glove bersih
16. Buangkan set transfusi darah jika tiada transfusi lagi. Jika ada sambungkan pek darah yang baru Set darah mesti dibuang setelah selesai unit darah ditranfusi
17. Rekod dalam carta ambilan dan keluaran

  • Nombor dan siri darah
  • Time started:
  • Time finish
  • Reaction

Sekiranya agency policy memerlukan label pelekat dicabut dari beg darah dan tampalkan di BHT pesakit
18. Selesakan pesakit
19. Hantar kembali beg darah yang kosong ke Blood bank untuk tindakan selanjutnya sekiranya pesakit mendapat reaction lambat Beg darah yang kosong disimpan 7 hari di Blood bank
20. Basuh tangan Untuk kepastian pesakit mendapat reaction lambat


Friday 1 November 2013

Soalan Lazim Temuduga Jururawat U29 2013

Soalan Lazim Temuduga Jururawat 2013 - Salam sejahtera. Temuduga Jururawat U29 dah keluar di SPA dan anda boleh buat semakan temuduga melalui pautan berikut: http://domino.spa.gov.my/online/jadual_temuduga_pk.php

Di perenggan bawah Admin kongsikan maklumat mengenai contoh-contoh soalan lazim untuk temuduga jururawat berdasarkan pengalaman dan perkongsian daripada calon temuduga yang pernah menghadiri temuduga jururawat u29 sebelum ini.

  1. Soalan mengenai Calculation (kiraan ubat). Anda perlu mengira dengan cara manual (otak sendiri) tanpa kalkulator. Ada setengah tempat tidak disediakan dan ada setengah tempat pula ada disediakan. Majoritinya tidak disediakan, jadi ikut nasib kita. Tambahan pula kita tidak dibenarkan bawa kalkulator. Mereka ingin menguji penguasaan dan kepakaran matematik calon temuduga, jadi tunjuklah bahawa kita mampu jawab soalan walaupun tanpa kalkulator.
    Contoh soalan pengiraan ubat dan penyelesaian:

    Antara formula pengiraan anda ambil perhatian adalah: Formula ubat & formula untuk drip:

    Formula ubat
    Desired(Dose) ÷ have ( strenght that is available ) × Q ( quantity ) = x ( the dose that is required)

    Formula drip
    V ( total vol in ml) ÷ T ( total time in minutes (ml) ) × C ( drop factor calibration ( gtt/m) ) = R ( rate of flow (gtt/min) )

    Contoh situasi: Dokor order/dose in hand × quantity (formula drug) = x

  2. Apakah Visi dan Misi KKM?
    Jawapan:
    VISI : Negara mengembleng tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik.
    MISI: Memastikan kesihatan rakyat ditahap yg maksima dan berkualiti.

  3. Berapa harikah cuti tahunan yang layak dapat untuk seorang SN? Jawapan: 25 hari, jika perkhidmatan melebihi 10 tahun diberi 30 hari cuti

Demikian antara soalan yang berkemungkinan akan ditanya nanti. Untuk mendapatkan panduan lengkap temuduga jururawat, Admin sarankan agar anda mendapatkan ebook (harga RM40) di pautan berikut: JururawatMalaysia.Com

Jangan lupa untuk 'like' FB page Jururawat u29 untuk mendapatkan kemaskini info mengenai jururawat u29 seperti berikut:



Selamat ulangkaji!

Sunday 27 October 2013

Jawatan Kosong Jururawat U29 di IIUM Pahang

Jawatan Kosong Jururawat U29 di IIUM Pahang - Perhatian kepada Jururawat Gred U29, tawaran kerjaya kini dibuka bertempat di IIUM Pahang, berikut merupakan syarat-syarat yang diperlukan:

jawatan kosong jururawat u29

  • Diploma Kejururawatan dari Kolej Kejururawatan, Kementerian Kesihatan, yang diiktiraf oleh Kerajaan, DAN telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia atau kelayakan yang setaraf dengannya.
  • Mahir dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.
  • Mempunyai tahap motivasi yang tinggi, berdisiplin dan personaliti yang menyenangkan.
  • Boleh bekerja dalam satu pasukan, komited dan berdedikasi untuk bekerja.
  • Pemohon hendaklah warganegara Malaysia.

KELAYAKAN LAIN

Semua calon-calon mestilah mendapat Kepujian dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

PS: Perokok TIDAK DIGALAKKAN MEMOHON

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran jawatan ini serta borang permohonan sila layari pautan berikut: http://www.jobstreet.com.my/jobs/2013/10/i/10/2084505.htm?fr=21&src=44

Semoga maklumat dan iklan yang dikongsi ini dapat membantu anda. Sila like page Jururawat u29 untuk dapatkan kemaskini terkini jawatan kosong, tips temuduga.

Tuesday 1 October 2013

Tugas Jururawat U29

Tugas Jururawat U29 - Kepada graduasi Diploma Sains Kejururawatan atau bakal Jururawat, di bawah ini Admin senaraikan beberapa tugas dan bidang kerjaya seorang petugas Jururawat Gred U29:

Deskripsi Tugas JURURAWAT GRED U29:
  • Tugas-tugas Jururawat Kesihatan

    1. Perawatan Kesihatan Keluarga
    i. Perkhidmatan kesihatan ibu dan kanak-kanak.
    ii. Perkhidmatan lawatan ke rumah.
    iii. Perkhidmatan kesihatan di sekolah.
    iv. Perkhidmatan perancang keluarga.
    v. Pendidikan kesihatan.

    2. Latihan
    Membantu dalam mengajar pelbagai kategori pelatih separa perubatan semasa latihan mereka.

    3. Menyelia
    i. Menyelia pekerja-pekerja 'Auxilliary' dan kakitangan kesihatan lain dalam kawasan operasi.
    ii. Menyelia bidan kampung dan bidan swasta berdaftar.

    4. Pentadbiran i. Mentadbir klinik.
    ii. Merancang dan menjalankan lawatan ke rumah.
    iii. Menyimpan rekod-rekod dan reten perkhidmatan kesihatan keluarga di dalam kawasan operasi.
    iv. Membantu dalam penilaian kakitangan bawahan.

  • Tugas-tugas Jururawat Di Hospital
    1. Penjagaan Pesakit
    i. Mengurus dan melayan makan minum pesakit.
    ii. Mengurus dan menjaga kebersihan pesakit.
    iii. Penjagaan dan merawat ibu selepas bersalin.
    iv. Penjagaan dan merawat bayi selepas kelahiran.

    2. Membantu Doktor dalam menjalankan tugas-tugas perawatan.
    3. Menyelia Penolong Jururawat, Bidan dan kakitangan bawahan.
    4. Membantu Ketua Jururawat dalam pentadbiran wad dan penilaian pelatih-pelatih.
    5. Rawatan-rawatan lain mengikut arahan.

Demikian pembahagian tugas seorang Jururawat u29, semoga dengan perkongsian maklumat ini dapat membantu anda untuk mengetahui bidang tugas sebenar yang perlu anda lakukan di lapangan kejururawatan. Selamat melakukan tugas dengan penuh dedikasi dan karisma. Majulah kejururawatan untuk negara.

PS: Kepada anda yang ingin mendapatkan maklumat lengkap seperti kemaskini terbaru bidang kejururawatan serta panduan lengkap berkaitan dengannya, sila dapatkan kit kejururawatan di http://jururawatmalaysia.com/.

Sunday 29 September 2013

Jururawat u29 - Jawatan Kosong Jururawat Gred U29

Jururawat u29 - Jawatan Kosong Jururawat Gred U29. Selamat datang ke blog khas untuk penjawat awam jururawat gred U29. Menerusi blog ini Admin akan kongsikan mengenai perkara yang berkaitan dengan jururawat u29 seperti kemaskini tawaran jawatan kosong terkini bagi jawatan tersebut, tugas-tugas dan sebagainya.

Buat pengetahuan anda, baru-baru ini pada 26 September 2013, pihak Admin mendapat maklumat bahawa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sedang mempelawa mana-mana graduan jururawat lulusan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) bagi Diploma Sains Kejururawatan untuk mengisi 2,750 kekosongan jawatan Jururawat Gred U29.

Maklumat ini dikongsikan oleh Pengerusi SPA, Tan Sri Mahmood Adam, menurut beliau kekosongan jawatan itu terbuka kepada calon bukan di bawah tajaan Kementerian Kesihatan.

Jadi kepada mana-mana calon yang berminat bolehlah melakukan pendaftaran serta permohonan masing-masing dengan menggunakan borang dalam talian melalui laman sesawang SPA sendiri di pautan berikut: www.spa.gov.my.

Info-info tambahan dan berkaitan:

SPA juga akan mengeluarkan surat tawaran lantikan kepada calon-calon yang berjaya manakala penempatannya pula akan dihantar oleh Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Kesihatan. Calon yang berjaya akan ditempatkan di hospital atau klinik kerajaan di bawah Kementerian Kesihatan.

Kenaikan pangkat: Jururawat Gred U29 berpeluang untuk dinaikkan pangkat ke gred seterusnya tetapi tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dalam Skim Perkhidmatan Jururawat.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 13 Oktober 2013 ini iaitu sebelum pukul 11.59 malam waktu Malaysia. *Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan ditetapkan akan dipanggil menghadiri sesi temuduga.

PERHATIAN: Anda disaran agar mendapatkan rujukan serta panduan lengkap mengenai kerjaya jururawat di http://jururawatmalaysia.com. Banyak kekosongan ni, rasanya kali ini jawatan ini untuk anda. Isi borang di laman web SPA dan buat persediaan dengan rujukan ini;