Sunday 29 September 2013

Jururawat u29 - Jawatan Kosong Jururawat Gred U29

Jururawat u29 - Jawatan Kosong Jururawat Gred U29. Selamat datang ke blog khas untuk penjawat awam jururawat gred U29. Menerusi blog ini Admin akan kongsikan mengenai perkara yang berkaitan dengan jururawat u29 seperti kemaskini tawaran jawatan kosong terkini bagi jawatan tersebut, tugas-tugas dan sebagainya.

Buat pengetahuan anda, baru-baru ini pada 26 September 2013, pihak Admin mendapat maklumat bahawa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sedang mempelawa mana-mana graduan jururawat lulusan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) bagi Diploma Sains Kejururawatan untuk mengisi 2,750 kekosongan jawatan Jururawat Gred U29.

Maklumat ini dikongsikan oleh Pengerusi SPA, Tan Sri Mahmood Adam, menurut beliau kekosongan jawatan itu terbuka kepada calon bukan di bawah tajaan Kementerian Kesihatan.

Jadi kepada mana-mana calon yang berminat bolehlah melakukan pendaftaran serta permohonan masing-masing dengan menggunakan borang dalam talian melalui laman sesawang SPA sendiri di pautan berikut: www.spa.gov.my.

Info-info tambahan dan berkaitan:

SPA juga akan mengeluarkan surat tawaran lantikan kepada calon-calon yang berjaya manakala penempatannya pula akan dihantar oleh Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Kesihatan. Calon yang berjaya akan ditempatkan di hospital atau klinik kerajaan di bawah Kementerian Kesihatan.

Kenaikan pangkat: Jururawat Gred U29 berpeluang untuk dinaikkan pangkat ke gred seterusnya tetapi tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dalam Skim Perkhidmatan Jururawat.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 13 Oktober 2013 ini iaitu sebelum pukul 11.59 malam waktu Malaysia. *Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan ditetapkan akan dipanggil menghadiri sesi temuduga.

PERHATIAN: Anda disaran agar mendapatkan rujukan serta panduan lengkap mengenai kerjaya jururawat di http://jururawatmalaysia.com. Banyak kekosongan ni, rasanya kali ini jawatan ini untuk anda. Isi borang di laman web SPA dan buat persediaan dengan rujukan ini;