Sunday 27 October 2013

Jawatan Kosong Jururawat U29 di IIUM Pahang

Jawatan Kosong Jururawat U29 di IIUM Pahang - Perhatian kepada Jururawat Gred U29, tawaran kerjaya kini dibuka bertempat di IIUM Pahang, berikut merupakan syarat-syarat yang diperlukan:

jawatan kosong jururawat u29

  • Diploma Kejururawatan dari Kolej Kejururawatan, Kementerian Kesihatan, yang diiktiraf oleh Kerajaan, DAN telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia atau kelayakan yang setaraf dengannya.
  • Mahir dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.
  • Mempunyai tahap motivasi yang tinggi, berdisiplin dan personaliti yang menyenangkan.
  • Boleh bekerja dalam satu pasukan, komited dan berdedikasi untuk bekerja.
  • Pemohon hendaklah warganegara Malaysia.

KELAYAKAN LAIN

Semua calon-calon mestilah mendapat Kepujian dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

PS: Perokok TIDAK DIGALAKKAN MEMOHON

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran jawatan ini serta borang permohonan sila layari pautan berikut: http://www.jobstreet.com.my/jobs/2013/10/i/10/2084505.htm?fr=21&src=44

Semoga maklumat dan iklan yang dikongsi ini dapat membantu anda. Sila like page Jururawat u29 untuk dapatkan kemaskini terkini jawatan kosong, tips temuduga.

Tuesday 1 October 2013

Tugas Jururawat U29

Tugas Jururawat U29 - Kepada graduasi Diploma Sains Kejururawatan atau bakal Jururawat, di bawah ini Admin senaraikan beberapa tugas dan bidang kerjaya seorang petugas Jururawat Gred U29:

Deskripsi Tugas JURURAWAT GRED U29:
  • Tugas-tugas Jururawat Kesihatan

    1. Perawatan Kesihatan Keluarga
    i. Perkhidmatan kesihatan ibu dan kanak-kanak.
    ii. Perkhidmatan lawatan ke rumah.
    iii. Perkhidmatan kesihatan di sekolah.
    iv. Perkhidmatan perancang keluarga.
    v. Pendidikan kesihatan.

    2. Latihan
    Membantu dalam mengajar pelbagai kategori pelatih separa perubatan semasa latihan mereka.

    3. Menyelia
    i. Menyelia pekerja-pekerja 'Auxilliary' dan kakitangan kesihatan lain dalam kawasan operasi.
    ii. Menyelia bidan kampung dan bidan swasta berdaftar.

    4. Pentadbiran i. Mentadbir klinik.
    ii. Merancang dan menjalankan lawatan ke rumah.
    iii. Menyimpan rekod-rekod dan reten perkhidmatan kesihatan keluarga di dalam kawasan operasi.
    iv. Membantu dalam penilaian kakitangan bawahan.

  • Tugas-tugas Jururawat Di Hospital
    1. Penjagaan Pesakit
    i. Mengurus dan melayan makan minum pesakit.
    ii. Mengurus dan menjaga kebersihan pesakit.
    iii. Penjagaan dan merawat ibu selepas bersalin.
    iv. Penjagaan dan merawat bayi selepas kelahiran.

    2. Membantu Doktor dalam menjalankan tugas-tugas perawatan.
    3. Menyelia Penolong Jururawat, Bidan dan kakitangan bawahan.
    4. Membantu Ketua Jururawat dalam pentadbiran wad dan penilaian pelatih-pelatih.
    5. Rawatan-rawatan lain mengikut arahan.

Demikian pembahagian tugas seorang Jururawat u29, semoga dengan perkongsian maklumat ini dapat membantu anda untuk mengetahui bidang tugas sebenar yang perlu anda lakukan di lapangan kejururawatan. Selamat melakukan tugas dengan penuh dedikasi dan karisma. Majulah kejururawatan untuk negara.

PS: Kepada anda yang ingin mendapatkan maklumat lengkap seperti kemaskini terbaru bidang kejururawatan serta panduan lengkap berkaitan dengannya, sila dapatkan kit kejururawatan di http://jururawatmalaysia.com/.