Friday 29 November 2013

Eyes-On Glasses membolehkan Jururawat melihat urat pesakit melalui kulit mereka

Eyes-On Glasses membolehkan Jururawat melihat urat pesakit melalui kulit mereka - Walaupun apa yang TV dan filem tayangkan mungkinlah kita susah percaya, memasukkan jarum ke dalam vena pesakit bukan satu prosedur yang mudah. Ia kadang-kadang boleh mengambil masa dan memerlukan 2-3 kali percubaan, dan menyebabkan banyak ketidak selesaan kepada pesakit. Sekarang, bagaimanapun, Eyes-On Glasses baru daripada Evena Medical dilaporkan membolehkan jururawat untuk melihat terlebih dahulu urat pesakit dalam masa sebenar, betul-betul melalui kulit mereka.



Cermin mata Eyes-On Glasses ini boleh dipakai ke atas cermin mata yang sedia ada , dan menggabungkan "pengimejan 3D berbilang spektrum" ( spektra gandaan cahaya unjuran) untuk membuat urat muncul apabila dilihat melalui kamera cermin mata ini. Pengguna dapat melihat kulit pesakit yang sebenar melalui kanta jernih kaca mata, manakala imej urat pula diproses oleh kamera dilapisan bahagian atas kacamata.

Kedua-dua kamera ini juga membolehkan imej untuk dihantar melalui Bluetooth, Wi -Fi atau 3G tanpa wayar kepada kakitangan perubatan dari jarak jauh, terdapat dua pembesar suara terbina dalam membantu dalam situasi sedemikian. Ia juga boleh menyimpan imej di atas skrin kaca mata, untuk rujukan masa depan. Pemprosesan imej dan tenaga dibekalkan oleh mikropemproses yang berasingan, yang dipakai pada tali pinggang dan berwayar kepada kaca mata.

Eyes-On Glasses ini sepatutnya boleh didapati secara komersial kepada pelanggan perubatan pada suku pertama tahun depan. Maklumat lanjut boleh didapati dalam video di bawah.



Sumber: Evena Medical

No comments:

Post a Comment