Tuesday 1 October 2013

Tugas Jururawat U29

Tugas Jururawat U29 - Kepada graduasi Diploma Sains Kejururawatan atau bakal Jururawat, di bawah ini Admin senaraikan beberapa tugas dan bidang kerjaya seorang petugas Jururawat Gred U29:

Deskripsi Tugas JURURAWAT GRED U29:
  • Tugas-tugas Jururawat Kesihatan

    1. Perawatan Kesihatan Keluarga
    i. Perkhidmatan kesihatan ibu dan kanak-kanak.
    ii. Perkhidmatan lawatan ke rumah.
    iii. Perkhidmatan kesihatan di sekolah.
    iv. Perkhidmatan perancang keluarga.
    v. Pendidikan kesihatan.

    2. Latihan
    Membantu dalam mengajar pelbagai kategori pelatih separa perubatan semasa latihan mereka.

    3. Menyelia
    i. Menyelia pekerja-pekerja 'Auxilliary' dan kakitangan kesihatan lain dalam kawasan operasi.
    ii. Menyelia bidan kampung dan bidan swasta berdaftar.

    4. Pentadbiran i. Mentadbir klinik.
    ii. Merancang dan menjalankan lawatan ke rumah.
    iii. Menyimpan rekod-rekod dan reten perkhidmatan kesihatan keluarga di dalam kawasan operasi.
    iv. Membantu dalam penilaian kakitangan bawahan.

  • Tugas-tugas Jururawat Di Hospital
    1. Penjagaan Pesakit
    i. Mengurus dan melayan makan minum pesakit.
    ii. Mengurus dan menjaga kebersihan pesakit.
    iii. Penjagaan dan merawat ibu selepas bersalin.
    iv. Penjagaan dan merawat bayi selepas kelahiran.

    2. Membantu Doktor dalam menjalankan tugas-tugas perawatan.
    3. Menyelia Penolong Jururawat, Bidan dan kakitangan bawahan.
    4. Membantu Ketua Jururawat dalam pentadbiran wad dan penilaian pelatih-pelatih.
    5. Rawatan-rawatan lain mengikut arahan.

Demikian pembahagian tugas seorang Jururawat u29, semoga dengan perkongsian maklumat ini dapat membantu anda untuk mengetahui bidang tugas sebenar yang perlu anda lakukan di lapangan kejururawatan. Selamat melakukan tugas dengan penuh dedikasi dan karisma. Majulah kejururawatan untuk negara.

PS: Kepada anda yang ingin mendapatkan maklumat lengkap seperti kemaskini terbaru bidang kejururawatan serta panduan lengkap berkaitan dengannya, sila dapatkan kit kejururawatan di http://jururawatmalaysia.com/.

No comments:

Post a Comment