Antara soalan-soalan yang berbangkit atau menjadi isu dalam sesi temuduga kali ini adalah seperti berikut:
- Osce Tak Ada? ~ Menurut maklumat yang Admin dapat daripada beberapa orang calon, Osce atau sesi buat procedure pada hari pertama mereka tidak kena. Admin tak jumpa lagi lah calon yang beritahu mereka kena Osce. Apapun NASIHAT Admin, buat persediaan Osce juga, kemungkinan ada dan kemungkinan tak ada. Lain tempat lain ragamnya. Wallahua'lam.
Osce Popular yang pernah ditanya temuduga sesi lepas Admin ada kongsikan secara video di SINI (Rujuk no 14, 16, 20, 34 dan 38)
- Macamana cara nak susun sijil? ~ Admin quote balik apa yang calon kelmarin kongsikan dengan ayat mudah baca - "cara susun sijil dalam fail 1st IC, sjil lahir, UPSR, PMR, SPM, STPM (jika ada), diploma nursing, transkrip, sjil yang ada gambar kita ( jadual ke5), sijil berhenti sekolah menengah, dan yang belakagnya sjil-sijil lain." Sambungan: "yang di luar fail... surat temuduga original, resume, ic, sijil lahir, SPM (copy), dploma, transkrip, surat iv, sijil berhenti (yang ni semua salinan copy) dan better ada cop pengesahan"
- Salinan Sijil kena cop pengesahan ke? ~ Rujuk gambar. Cop pengesahan daripada pegawai kerajaan, contoh: pegawai polis di mana-mana balai polis, atau guru besar/pengetua di mana-mana sekolah kerajaan.
- Resume temuduga jururawat better dalam Bahasa Melayu atau BI (English)? - Admin: Mana-mana pun boleh, sebab SPA tak tetapkan pun. yang penting ringkas dan padat seperti yang diminta SPA di SINI. Jadi English atau BM depend pada calon. Perkongsian pengalaman calon sebelum nie beritahu kalau buat BM lagi mudah, kalau BI, risau penemuduga tanya more kepada English sebab tengok kita expert BI. Langkah bijak buat 2 resume 1 BI dan 1 lagi BM. So, tak perlu susah hati lagi.
Admin harap perkongsian artikel tentang pengalaman iv jururawat u29 ini dapat membantu Anda untuk menghadapi temuduga nanti.
PS: Kepada anda yang ingin kongsi pengalaman temuduga anda, PM Admin di Facebook melalui link ini PM Admin Jururawat U29
No comments:
Post a Comment