
Maklumat ini dikongsikan oleh Pengerusi SPA, Tan Sri Mahmood Adam, menurut beliau kekosongan jawatan itu terbuka kepada calon bukan di bawah tajaan Kementerian Kesihatan.
Jadi kepada mana-mana calon yang berminat bolehlah melakukan pendaftaran serta permohonan masing-masing dengan menggunakan borang dalam talian melalui laman sesawang SPA sendiri di pautan berikut: www.spa.gov.my.
Info-info tambahan dan berkaitan:
SPA juga akan mengeluarkan surat tawaran lantikan kepada calon-calon yang berjaya manakala penempatannya pula akan dihantar oleh Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Kesihatan. Calon yang berjaya akan ditempatkan di hospital atau klinik kerajaan di bawah Kementerian Kesihatan.
Kenaikan pangkat: Jururawat Gred U29 berpeluang untuk dinaikkan pangkat ke gred seterusnya tetapi tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dalam Skim Perkhidmatan Jururawat.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 13 Oktober 2013 ini iaitu sebelum pukul 11.59 malam waktu Malaysia. *Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan ditetapkan akan dipanggil menghadiri sesi temuduga.
PERHATIAN: Anda disaran agar mendapatkan rujukan serta panduan lengkap mengenai kerjaya jururawat di http://jururawatmalaysia.com. Banyak kekosongan ni, rasanya kali ini jawatan ini untuk anda. Isi borang di laman web SPA dan buat persediaan dengan rujukan ini;
No comments:
Post a Comment